PEMBANGUNAN NEGARA


PENGENALAN :

  
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi . Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial , pendidikan , psikologi dan sebagainya . Selain itu , perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal , kebendaan dan bukan kebendaan .

 Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) . Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.





Rancangan pembangunan ekonomi




Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM)

       Dalam era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (1971-1990). Sepanajng program-program jangka pendek, iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

       Peringkat seterusnya ialah pelancaran Rangka Rancangan Jangka Pangjang Kedua(1991). Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), Rancangan Malaysia Ketujuh(1996-2000). Kerajaan melancarkan program penting dalam RRJP2 ini, iaitu wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia Keenam.

       Pada April 2001, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rncangan Jangka Panjang Ketiga(2001-2010). Program ini meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). RRJP3 merupakan fasa kedua bagi usaha Negara untuk mencapai wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun 1991.

       (RRJP3)memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik untuk mencapai pembangunan mampan seperti yang berikut,membina bangsa yang berdaya tahan,menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama,mengekalkan pertumbuhan ekonomi,menghadapi persaingan antarabangsa,membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan,memperkukuhkan pembangunan sumber manusia dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.

       Rancangan Malaya Pertama  (1956-1960) telah dilancarkan mengikut projek- projek dibawah suatu perancangan laporan sector awam yang bersepadu. Matlamat utama rancangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada sektor luar negara. Mempelbagaikan sumber neagar dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah).

       Pelaksanaan rancangan pertama telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhan dua agensi kerajaan, iaitu lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) dan kementerian pembangunan negara dan luar bandar (1956).Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.

       Rancangan Malaya Kedua (1961-1965), pertama membaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar bandar. Kedua, menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baru di bawah program FELDA. Ketiga, mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan. Seterusnya, membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.

       Kejayaan yang diperolehi oleh Rancangan Malaya Kedua adalah penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan. Selain itu, peruntukan pembanguanan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan rancangan malaya pertama. Bilik-bilik gerakan dibuka diseluruh negara. Hasilnya, purata kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.

       Rancangan Malaysia Pertama ( 1971-1975),Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program ke atas setiap sektor ekonomi. RMP ini juga memberi menekanan ke atas aspek integrasi antara penduduk di malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi melaksanakan tujuan ini, Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khursus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau swasta.

       Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh golongan miskin. Seterusnya, kerajaan menubuhkan beberapa agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad (BERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif. Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap.
      
      Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)dilancarkan untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang.

       Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam, terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.Dalam tempoh RMK2, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor pertanian 25%, pembuatan 19.3%, perdagangan 14.4%, perkhidmatan 10.15%




Dasar-Dasar Utama Malaysia

  Dalam tempoh dua puluh tahun pelaksanaan DEB (1970-1990) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1),ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengagumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.Kerajaan juga telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).Matlamat utama Malaysia (DPN) adalah untuk membentuk masyarakat bersatu padu di samping membina kestabilan politik,ekonomi dan sosial.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

    Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta sejarah serantau dan kedudukan Negara sebagai pusat tamadun serta pusat pertemuan bagi aktiviti perdangangan serantau.Sebagai satu proses berterusan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang berikut.Antaranya ialah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merupakan pemancaran dan pembangunan warisan kebudayaan melayu sejak zaman-berzaman dan ditambah dengan kegemilangan serta keagungan tamadun melayu,unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.Prinsip ini bertepatan dengan penduduk berbilang kaum,iaitu Melayu,cina,india,arab dan lain-lain dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

 Dasar Pembangunan Belia Negara

   Dasar Belia Negara diilhamkan pada April 1973 di UM. Pada 13 Disember 1985, Dasar Belia Negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Dr Sulaiman Haji Daud .Dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan sebagai Dasar Pembangunan Belia Negara.Belia Negara antara golongan yang berusia antara 15 hingga 40 tahun dan merupakan golongan yang telah mencapai taraf kematangan yang memuaskan,tumpuan utama diberikan pada belia yang berumur 18 hingga 25 tahun untuk strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti.

Pelan Integriti Nasional

  Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip perlembangan persekutuan.Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan.Tujuan (PIN) juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara , iaitu membantu masyarakat yang bersatu padu , adil , demokratik , liberal , dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara.


Sumber Rujukan : Slideshare ( https://www.slideshare.net/5006/dasar-pembangunan-negara-malaysia)  ZULFAISZAN NAIM BIN SHARUDIN


No comments:

Post a Comment