KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Pengenalan

Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S. Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk . Menurut beliau, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul, tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman, dan cara hidupnya yang tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik.


Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia

Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik. Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama, kepercayaan dan adat resam tersendiri. Setiap kaum juga diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping saling menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.


Agama dan Kepercayaan


Kaum Melayu

Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-14 atau ke-1

  •        Kesultanan Melayu Melaka sebagai pemerintahan yang berperanan penting dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam
  • ·       Agama Islam adalah berkonsep kepercayaan kepada Tuhan yang satu
  • ·       Ajaran ini berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu
  • ·       Al-Quran dijadikan sebagai asas/sumber hukum yang utama dengan panduan amalan Nabi Muhammad SAW
  • ·       Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Iman dan Rukun Islam
  • ·       Hubungan manusia dengan Allah bertujuan menghambakan diri kepada Allah dan beribadah kepada-Nya
  • ·       Hbungan dengan manusia menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu kupulan tanpa mengira perbezaan
  • ·       Hubungan dengan alam menuntut manusia menghormati kejadian alam kerana manusia diamanahkan oleh Allah untuk menjaga alam ini


Masyarakat Sabah

Kaum Bajau


-Sabah mempunyai lebih dari daripada 32 suku kaum.
-Antara masyarakat yang terbesar ialah masyarakat Kadazan-Dusun dan Bajau.

Kadazan-Dusun

Agama
-Mereka memegang kepada kepercayaan anismisme.
-anismisme bermaksud kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh).
-sebahagian kecil dari mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
-Di kawasan pendalaman , ramai lagi yang masih pagan.
-Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain.
-Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit
-Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan.
-Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

Kepercayaan
-Masyarakat kadazan-dusun percaya bahawa kepda pantang larang dan tafsiran mimpi.
-mimpi yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka.
-mereka juga mempunyai upacara keamatan iaitu setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" .
·         upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi.
-upacara ini dilakukan oleh Bobohizan(bomoh perempuan).
-mereka juga mempunyai upacara halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’.
-selain itu , jika belakunya kematian pada hari hujan mereka berpendapat bahawa si mati akan menangis di alam lain dan jika belakunya kematian pada hari panas mereka berpendapat sebaliknya.

Bajau

Agama
-Pada tahun 1950-an menunjukkan hampir 75% masyarakat Bajau memeluk Islam lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.
-Hampir semua di kalangan mereka beragama islam.
-mereka mengamalkan upacara agama seperti, berkhatan , akad nikah, khatam al-Quran, dan lain-lain.

Kepercayaan
-Mereka juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa.
-selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan.
-biarpun begitu, kepercayaan begini semakin pupus.

Masyarakat Sarawak

Kaum Iban


-Lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi.
-Kaum majoriti di Sarawak :
·         Iban (Dayak Laut)
·         Orang Melayu
·         Orang Melanau

Iban

Agama

-Pada era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu.
-Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme ,pegangan ini dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.
-Sebahagian besar orang Iban beragama Kristian selepas kedatangan Barat.

Kepercayaan

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan'Lemambang'. Contohnya :

·         hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
·                  percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untukmenentukan kesesuaian tapak.

-Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
-Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.
- Bagi menghidar alamat yang bolehmendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankanmengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.

-Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional  mereka.
-Misalnya, upacara ‘miring’ (jampi serapah) tujuan menolak bala.
-Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka.
·         ‘mali abu’ : petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.
-Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau malapetaka.
-Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi.
·         Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya.
-aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
-Pantang larang oleh ibu mengandung dan suami yang dipercayai oleh masyarakat kaum iban:
·         1. Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
·         2. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
·         3. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
·         4. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
·         5. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
·         6. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
·         7. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.
     
      Kebudayaan dan Adat Resam

     Kaum Melayu
Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah bahasa Melayu . Bahasa Melayu tergolong dalam kelompok dalam kalangan kelompok bahasa Austronesia . Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia bedasarkan kedudukan geografi masing-masing . Tiga kumpulan tersebut terdapat di Semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia , Indonesia , Filipina dan Madagascar . Kedua , Malenesia dan kepulauan sekitarnya . Ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya .


Berikut merupakan Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Melayu



a) Perayaan-perayaan Keagamaan

  • - Aidilfitri
  • -Aidiladha
  • -Nuzul Quran
  • -Maulud Nabi 
  • -Awal Muharam 


b) Muzik atau Tarian
  • -Wayang kulit
  • -Makyung
  • -Kuda kepang
  • -Menora
  • -Tarian gamelan
Tarian Gamelan

Kuda Kepang



c) Adat Perkahwinan
  • - Merisik
  • -Bertunang
  • -Pelamin dan bersanding


d) Jenis Pakaian 
  • -Sarung
  • -Pakaian Cik Siti Wan Kembang
  • -Pakaian Puteri Perak
  • -Baju Kurung Teluk Belanga
  • -Baju Kebaya Labuh
  • -Baju Riau/Pahang

                                


Kaum Cina
Masyarakat Cina turut mempunya amalan kebudayaan dan adat resamnya yang tersendiri . Dari segi perayaan pula , kaum Cina mempunyai beberapa perayaan yang disambut dalam satu tahun . 

Berikut merupakan Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Cina

a)Kebudayaan dan adat resam
  • -Kalendar Orang Cina
  • -Keinginan mendapat anak pertama lelaki
  • -Pelajaran
  • -Upacara pengebumian
    b) Perayaan
    • -Tahun Baru Cina
    • -Chap Goh Mei
    • -Perayaan Ching Ming
    • -Perayaan Hantu Lapar
    • -Perayaan Kuih Bulan 
    Dari segi pakaian , kebanyakan masyarakat Cina ( kini ) berpakaian moden yang bercirikan barat . Namun , pakaian tradisi golongan wanita Cina masih kekal sehingga hari ini terutama apabila menyambut perayaan .

     Antara pakaian kaum Cina ialah 
    • -Samfoo
    • -Cheongsam
                                                           

    Dari segi makanan pula, masyarakat Cina di negara ini ialah nasi dan jenis makanan utama terdiri daripada masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. Jelas sekali budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina berbeza dan mempunyai identiti tersendiri

    Kaum India
    Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka sendiri . Asas masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki social yang tertentu, hierarki tersebut dipanggil sistem kasta dan dalam sistem ini masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial. 

    Antara hierarki tersebut ialah :

    a)Brahmin
      – Terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama dan golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta.

    b)Ksyatria 
     – Terdiri daripada golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.


    c) Vaisya

       – Terdiri daripada golongan rakyat biasa dan kebanyakkan bekerja sebagai pedagang atau petukang 
    dan tarafnya disamakan dengan paha pencipta.

    d)Sudra 
      – Terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukan disamakan dengan kaki pencipta.

    Selain itu , masyarakat India juga mempunyai berbagai-bagai perayaan dan masyarakat India juga mempunyai pakaian tradisional mereka sendiri serta terdapat juga beberapa makanan India yang 
    popular di kalangan masyarakat lain .

    Berikut merupakan perayaan , pakaian serta makanan bagi masyarakat India

    a) Perayaan 
    • -Deepavali
    • -Thaipusam
    • -Thai Ponggal
    ( Terdapat juga perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu )

    b)Pakaian
     - Bagi wanita
    • Sari 
     -Bagi lelaki 
    • Dhoti
    • Kurta
    • Vesti
    c) Makanan masyarakat India
    • -Chapatti
    • -Parratta
    • -Puri
                                          

    Masyarakat Sabah 
    Bagi masyarakat Iban, terdapat sejenis budaya lama yang popular dipanggil perburuan kepala ( head hunting). Seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada keluarga atau mertua sebagai lambang kepahlawanan dan kini amalan ini tidak diamalkan lagi. Secara tradisinya masyarakat Iban tinggal di rumah panjang yang didiami oleh beberapa keluarga . Rumah panjang tersebut terbahagi
    kepada beberapa buah bilikdan setiap bilik dihuni oleh keluarga yang biasa keluarga asas

    Bagi orang Iban , di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur. Sekiranya ada keramaian,makanan dihidang di beranda ( ruai ). Di luar bilik juga terdapat ruang yang dipanggil ‘paggan’ iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki. 

    Masyarakat Iban mempunyai upacara-upacara khas dalam adat kematian dan upacara itu melibatkan  seluruh ahli rumah panjang dengan ‘tuai rumah’ (ketua rumah). Dalam kelahiran pula,bayi yang baru lahir dimasukkan garam ke dalam mulut  dan proses ini dipanggil ‘ngetup garam’ manakala ibunya melalui proses ‘bekindu’ ataupun berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam.



    Dari segi kesenian pula, masyarakat Iban banyak membuat kraf tangan seperti anyaman, kain selimudan bakul daripada rotan. Jenis tariannya pula ialah ngajat, bepencaha, bekuntau, main kerichap dan main chekak. Permainan tradisi yang dikekalkan ialah ‘Datun Julut’ dalam kalangan Bidayuh. Kaum Iban juga terkenal dengan tarian perang yang dikenali sebagai ‘ngajat bunuh’ ia melambangkan kebudayaan yang gagah dan berani menentang penjajahan.

    Masyarakat Sarawak
    Dalam amalan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah , mereka juga mempunyai berbagai
    bagai kebudayaan dan adat resam . Misalnya apabila berlaku kematian , proses pengebumian 
    melibatkan seluruh masyarakat dan ungun api akan dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh 
    jahat.

    Bagi kelahiran, proses nama bayi juga melibatkan perbincangan ahli keluarga dan jiran . adat 
    'mintuhun' pula ialah adat menjejakkan kaki bayi ke tanah .Dalam masyarakat Bajau terdapat 
    empat kategori norma atau nilai, iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan,
    perkahwinan dan perceraian. Masyarakat Kadazan-Dusun juga membuat kraf tangan seperti 
    tudung terendak, perangkap binatang daripada perangkap tikus, perangkap tupai dan perangkap 
    burung.




    NURUL SYAFINA BINTI HAMZAH







    No comments:

    Post a Comment