SEJARAH DAN POLITIK


SEJARAH DAN POLITIK

PENGENALAN




Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas sosio budaya  di Tanah Melayu.
Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British pada tahun 1824 sehingga 1957 dan Jepun pada tahun 1941 sehingga 1945.
PORTUGIS 

Portugis telah menawan Melaka selama 130 tahun , iaitu dari tahun 1511 hingga 1641. Portugis berada dibawah pimpinan Alfonso de Albuquerque, beliau telah membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada serangan Sultan Mahmud yang cuba mendapatkan semula Melaka. Portugis tewas apabila waris kesultanan Melayu Melaka di Johor berjaya menawan Melaka pada tahun 1641 dengan bantuan Belanda.


Kota A'Famosa

Tujuan kedatangan Portugis ke Tanah Melayu

1) Menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh oleh pedagang Islam. 
2) Mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur.
3) Menyebarkan dan mengembangkan agama Kristian.

Sistem Pentadbiran Perdagangan Portugis di Melaka

1) Kapal pedagang wajib membayar cukai 6%-10% daripada hasil dagangan.
2) Pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang.
3) Memonopoli barang dagangan utama (membeli barang dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga yang tinggi)
4) Diskriminasi terhadap pedagang Islam.

Kesan peninggalan Portugis 

1) Kewujudan masyarakat Serani (perkahwinan antara Portugis dengan penduduk tempatan)
2) Pengenalan tulisan Rumi (Roman)
3) Penyerapan bahasa Portugis dalam bahasa Melayu (jendela, almari, tuala, garfu)

Dutch Fort (Kota Belanda)

BELANDA

Pada pertengahan tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor untuk menyerang Portugis dan menawan Melaka. Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641. Namun Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baharu di Melaka selepas Portugis. Penjajahan Belanda di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada 17 mac 1824. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British do Kepulauan Melayu. Kesan peninggalan Belanda di Tanah Melayu antaranya ialah pembinaan monumen seperti Bangunan Stadthuys di Melaka dan Kota Belanda (Dutch Port) di Pulau Pangkor. 

Pihak Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) atau Vereenigde Oost-Indische Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602. Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta), iaitu di Pulau Jawa.

Bangunan Stadthuys


Sistem Pentadbiran Belanda di Melaka

1) Menyerang  Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis 
2) Berusaha menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang asing ke Betawi.
3) Menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.
4) Menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri-negeri Melayu.

Pendudukan belanda di Tanah Melayu


BRITISH

 British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

          Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.


FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS
  1. FAKTOR EKONOMI
  • Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)
  • Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
     2. FAKTOR KEADAAN ANARKI
  • Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
  • Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin 
  • Kegiatan pelanunan
      3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
  • Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
  • Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA



  Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
  1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda.
  2. Perpecahan empayar Johor-Riau
  3. Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit

Pegawai Inggeris di Tanah Melayu


Image result for pegawai inggeris di tanah melayu


Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan Inggeris


Tokoh Pejuang Mengikut Negeri


JEPUN

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.

Pasukan tentera Jepun berbasikal selepas berjaya menakluki Tanah Melayu.

Faktor-faktor kejayaan Jepun

1. Pihak British kurang bersedia kerana menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (Singapura) tetapi Jepun memulakan serangan dari utara (Kelantan). 
2. Kelewatan tentera bantuan dari London dan India kerana masalah kewangan British
3. Jepunmenyerang melalui jalan laut dan bukan udara.
4. Jepun mempunyai persediaan tentera yang lengkap manakala, pertahanan laut British terlalu lemah.
5. Tentera Jepun cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan.

Kesan pendudukan Jepun terhadap Sosial, Ekonomi dan Politik.







Sumber rujukan:* Buku Teks Pengajian Malaysia (Normurni Mohamad/Razana Fatin Abdullah@Razali/Mohamad Faizal Ahmat
*Wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu)

NURUL SYAFINA BINTI HAMZAH


No comments:

Post a Comment